Kerjaya lakonan Rozita_Che_Wan

Rozita mula menempa nama pada tahun 2006 apabila membintangi siri komedi Diari Ramadhan Rafique yang ditulis ole lh penulis skrip Nor Faznita Md Nor dan drama bersiri Sesuci Cinta Sofiya bersama Rosyam Nor serta menjadi model video muzik lagu "Juwita Citra Terindah" dendangan M. Nasir. Sehingga kini, Rozita sudah membintangi lebih 60 judul drama TV yang kebiasannya bergenre komedi. Bagi 2007 sahaja, dia sudah menjayakan kira-kira 19 drama. Antara drama lakonan beliau ialah Manjalara, Jelatang dan Susuk 2.

Setelah dua tahun aktif berlakon pelbagai genre drama, Rozita mendapati lakonannya menerusi karekter komedi lebih mendapat perhatian penonton. Maka sejak itu dia lebih selesa memegang watak komedi, apatah lagi bakat lakonan komedinya membawa beliau ke kemuncak populariti apabila siri komedi Kiah Pekasam yang dijayakan oleh beliau dari tahun 2010 hingga 2013 dalam 3 musim menjadi antara drama kegemaran ramai[3]. Rozita yang sememangnya berpersonaliti ceria dan mudah berjenaka sangat dikenali dengan dialek utara yang sering di bawakannya dalam drama televisyen mahupun ketika ditemubual wartawan. Antara drama komedi lain lakonan Rozita yang mendapat rating tinggi adalah Iparku Diva[4] dan Miss Octopus[5].

Pada tahun 2011, Rozita pernah mengumumkan mahu bersara daripada bidang lakonan ekoran rimas dengan perhatian yang berlebihan diberikan kepadanya, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan apabila tawaran lakonan buatnya masih banyak dan dia dipujuk oleh ramai penerbit untuk terus berlakon[6]. Rozita membuktikan bakat lakonannya tidak hanya pada drama-drama komedi sebaliknya boleh digilap menerusi watak dramatik. Lakonannya sebagai doktor dalam "Masihkah Ada Sinar" melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin pada tahun tersebut. Malahan Rozita diundang menjadi hos acara tersebut bersama pengacara terkenal Ally Iskandar. Ekoran popularitinya yang meningkat naik, beliau sering dihimpit kontroversi percintaan hingga hampir membuat keputusan untuk bersara. Populariti luar biasanya seolah mengulangi kejayaan karier dramatis terdahulu seperti Lydiawati dan Aida Khalida yang meraih populariti luar biasa setelah berusia lebih dari 35 tahun. Rozita sering menjadi pilihan majalah-majalah hiburan dan fesyen serta karekternya sering menjadi bualan. Dalam sejarah penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang mengiktiraf populariti artis, Rozita pernah melayakkan diri bertanding bersama pelakon-pelakon muda yang lain menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular (ABPBH) sebanyak tiga (3) kali iaitu untuk edisi tahun 2007, 2009 dan 2011. Di layar perak, Rozita tidak begitu menyerlah biarpun membintangi beberapa buah filem seperti "Dunia Baru The Movie", "Misteri Balan Balan" dan "Adik Manja Returns".

Selain itu, pada tahun 2012 Che Ta membuka langkah baru ke dunia pengacaraan apabila diberi peluang mengendalikan program bual bicara Primadona bersama Erra Fazira dan Raja Azura. Program itu bersiaran secara mingguan dan ditayangkan di Astro Prima dari tahun 2012 hingga 2015. Selain berbakat dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Che Ta juga terkenal kerana kemahiran memasak dan kulinari. Beliau menyertai program realiti Masterchef Selebriti Malaysia pada tahun 2013 yang sekaligus memperkenalkan bakat memasaknya kepada peminat-peminat. Biarpun tidak memenangi pertandingan itu, gaya lucu Che Ta yang suka bersolek dan berdandan rapi di dapur mencuri perhatian penonton. Pada tahun 2014 Che Ta bergelar penerbit menerusi produksi Padusi Pictures yang dikongsinya bersama suami, Zain Saidin. Produksi itu menerbitkan program TV seperti Rahsia Memikat Suami (2014) dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas (2015) kedua-duanya dikendalikan oleh pelawak Jihan Muse. Che Ta juga pernah menjadi jurucakap produk bagi Rorine dan Safi Rania Gold.

Rujukan

WikiPedia: Rozita_Che_Wan http://www.astroawani.com/photos/album/rozita-che-... http://beautifulnara.com/pengakuan-cinta-rozita-ch... http://www.imdb.com/name/nm3412151/ http://www.limauais.com/tak-dak-sorang-pun-yang-da... http://www.rotikaya.com/sekitar-resepsi-perkahwina... http://www.rotikaya.com/wedding-of-the-year-zain-s... http://www.tehsirap.com/2016/01/sinopsis-drama-kak... http://www2.hmetro.com.my/articles/Keranasayaterla... http://www.manggaonline.com.my/jom-libur/gaya-hidu... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200...